Program Mata CCD
Di samping menganjurkan program Latihan Pengurusan (PLBK), EMZAX Management & Training juga menganjurkan Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD). Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) merupakan sebuah program yang dibangunkan oleh CIDB bagi meningkatkan pengetahuan dan penglibatan kontraktor dalam aktiviti industri pembinaan.
Penguatkuasaan Pengumpulan Mata CCD
Melalui Pekeliling CIDB Bil. 2/2008, setiap kontraktor dikehendaki mengumpul mata CCD mengikut gred pendaftaran di CIDB.
Objektif
Peserta/Kumpulan Sasaran
Mata CCD Mengikut Gred Pendaftaran
Bagi tujuan memperbaharui lesen kontraktor CIDB, mata CCD perlu dikumpulkan mengikut gred pendaftaran dan tahun yang ingin diperbaharui seperti berikut:
| Gred | Mata CCD yang diperlukan bagi Pembaharuan Pendaftaran Kontraktor | ||
|---|---|---|---|
| 1 Tahun | 2 Tahun | 3 Tahun | |
| G1 & G2 | 10 | 20 | 30 |
| G3 & G4 | 20 | 40 | 60 |
| G5 & G6 | 30 | 60 | 90 |
| G7 | 40 | 80 | 120 |